CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, April 20, 2009

Pemberitahuan

Sy nk mntk maap byk2 coz majalah & buku2 dlm kdai sy ni kebanyakannye da xder stok..klu ader pon, edisinye da lain..so kpd penggemar2 majalah & buku jahitan, sila la ke kdai buku yg berhampiran utk mendapatkn buku yg anda inginkn..

harap maklum..

Tuesday, September 2, 2008

Mini Booth

Assalamualaikum..
Terima kasih kepada sume kwn2 yg sudi singgah di blog sy yg serba kekurangan ini..Di mini booth sy ni ada menjual pelbagai aksesori jahitan yg mane sesetangah barangan agk sukar diperolehi di kedai biasa, atau sedikit berbeza dari segi jenama, kualiti, design dan sbgainye..

Jika berminat dgn barangan yg ada, sila hubungi sy melalui fon atau email.

Sewing Accessories


Product: BASIC SET(5 items) Price: RM150.00
(Rotary Cutter, Ruler, Mat (18x24), loop tuner, marking pencil)


Product: HANDY CHEST Price: RM120



Product: WATER ERASABLE PEN Price: RM12.00


Product: TRANSFER PENCIL Price: RM17.00



Product: QUICK YOYO MAKER Price: RM35/each


Product: QUICK BIAS Price: RM45/each. PROMOTION RM75 for 2 pcs (any size)



Product: ROTARY CUTTER Price: RM55


Product: SLASH CUTTER Price: RM75


Product: RULER Price: RM35

Product: Price: RM

Product: MAGNET Price: RM30/10pcs

Product: MEASUREMENT TAPE Price: RM15/each


Product : JARUM JAHIT Price: RM5


Product: Price: RM



Product: Loop Tuner Price: RM15

Product: ROTARY & SLASH CUTTER + CASING Price: RM140



Product: JARUM PENITI Price: RM25/box


Magazines / Books
(Panduan secara details utk menjahit quilt/patchwork/manik/reben. mmg x nyesal bli wlupun regenye agk mhl. leh dijadikan koleksi turun temurun. Buku Ilmu yg patut dimiliki oleh sume peminat seni jhtn...)

Kebanyakan majalah/buku yg kt bwh ni kena pre-order sbb stok mmg x byk. So kena la tggu dlm masa lbh kurang 2 mggu gitu..

M01: M02: M03: M04:

M05: M06: M07: M08:


M09: M10: M11: M12:
M13: M14: M15: RM115 M16: RM20

M17: M18: M19: M20:RM75


M21: M22: M23: M24:

M25: M26: M27: M28:


M29: M30: M31: M32:

Sunday, August 24, 2008

Corak Hasil Dari Mesin Jahit Epal

Sulam (ni asben yg jht sndr)

Mesin yg digunakan: Harmony 2049


Three Way Cording
Mesin yg digunakan: Harmony 2049




Jahitan di Leher Baju Kurung.
Mesin yg digunakan : Harmony 2049

Sulaman Manual.
Mesin yg digunakan : Harmony 2049




Gabungan Jahitan Sulam.
Mesin yg digunakan : Harmony 2049

Sunday, August 17, 2008

Kelas Jahitanku yg Pertama

Ini la bilik yg dijadikn tmpt utk belajar menjahit. Luas dan selesa. Masuk jer ker bilik ni, kt tepi tuh ada deretan mesin jht. So sape2 yg x bwk mesin, leh guna mesin yg telah disediakn. tp kena bwk peralatan sndr seperti gunting, sekoci, jarum, tapak, benang, etc..
Waktu pembelajaran terpulang pd kita. Cikgu2 sume ok, frenly..klu x tau, tye jer..dorg akn tolong tunjuk.




yg ni pulak tmpt cucuk jarum peniti. tgk la sulam tuh,senget benget!...1st timer la katakn..bhn2 ni sume ada dlm beginning kit yg kita kena beli pd rege RM60.

Tuesday, August 12, 2008

Hasil Jahitan

Ini antara Hasil Jahitan yg Dipamerkan di Pusat Epal




Hasil Jahitanku yg pertama....(beg oshin)
Masa ni Cik Zila & Cik Nelly yg tlg ajr..kekok gak la masa mula2 pegang mesin Harmony 2049 ni. Maklumla, da bertahun2 x menjahit. nasib x terbalik mesin. Bgs nye Harmony 2049 ni,dia lasak utk yg br bljr menjahit mcm sy ni..

Lps test mesin ni,rasa teruja sgt nk beli. tp t'pk gak nk byr cane?cash in hand xder, nk byr installment,takut interest tggi. At last amik 0% jer la..smgt nk bljr menjahit patchwork, sulam tampal, baju bdk n sume teknik jhtn da b'kobar2 ni..

sok sy citer plak pengalaman pertaman p kelas jhtn kt puchong ye..tungggggguuuuuuuuu

Thursday, August 7, 2008

Kursus Jahitan

Selain daripada menjual mesin jahit, pihak Epal juga memberi kemahiran cara menggunakan mesin jahit dan pelbagai jenis kursus jahitan kraftangan tanpa dikenakan sebarang yuran kursus.

Selain daripada kursus yang disediakan di pusat-pusat Epal, Epal juga memberi sokongan kepada semua pelanggan-pelanggan Epal dengan mengadakan “Home Party" diskaun atas pembelian bahan-bahan jahitan Epal, kursus-kursus, pameran dan demo serta kupon-kupon menjahit yang bernilai RM50 kepada VIP Epal di merata tempat.

Pusat epal juga menawarkan sijil tahap satu bagi kursus Pembuat Pakaian Wanita dengan pentauliahan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).


Bidang Kursus Yang Ditawarkan Oleh Pusat Epal

Kursus menjahit yang ditawarkan oleh Epal dibahagi kepada tida kategori:

Kategori Permulaan :
Sukatan kursus peringkat ini adalah untuk membiasakan peserta dengan keunikan dan fungsi mesin jahit. Peserta perlu menyiapkan kraftangan yang mudah.

Kategori Junior :
Sukatan kursus peringkat ini didedahkan dengan pelbagai jenis sulaman dan jahitan kreatif yang menarik. Tujuannya ialah unutk meningkatkan minat dan kesungguhan peserta dalam bidang jahitan. Antaranya termasuklah, jahitan sarung kusyen, sulaman cantum, sulaman cantum, sulaman bunga, bag wanita dan lain-lain.

Kategori Senior :
Sukatan kursus ini diperkenalkan dengan pelbagai jahitan professional seperti baju tradisional, cadar dan pelbagai projek jahitan yang mengambil masa yang panjang. Kursus ini dijalankan dalam tempoh enam bulan ke dua tahun. Peserta yang telah tamat kursus akan dapat mendirikan kedai atau francais mereka sendiri.


PROJECT BULANAN











Wednesday, August 6, 2008

Mesin Jahit Epal

Mesin Harmony 2049 "All in One"
Harga : RM2499

Produk utama Epal adalah mesin jahit serbaguna yang bermodel 2049. mesin jahit ini mempunyai pelbagai jenis fungsi dan keistimewaan seperti menjahit mata lalat, tulang belut, karipap, jahit tepi dan pelbagai jenis corak yang menarik. Mesin jahit model ini juga amat sesuai untuk menjahit “patchwork".

A. Fungsi utama.
1) Lebih daripada 22 corak bunga yang sedia ada
i. Boleh jahit tepi
ii. Boleh jahit lurus
iii. Pasang butang
iv. Sulaman tanpa pemidang (termasuk kulit)
v. 1 Langkah untuk jahit lubang butang
vi. Jahit zip
vii. Jahit sembat

2. Jahitan tebal, setebal 8 lapis kain jeans

3. Boleh jahit fabrik elastik

4. Jahitan kulit

B. Ciri-ciri
a. Masuk benang secara automatik
b. Boleh pasang jarum berkembar
c. Butang saiz kelebaran corak
d. Lampu menjahit
e. Pemotong benang
f. Butang jahit terbalik
g. Free arm
h. Plat jarum yang mempunyai ukuran

C. Sesuai untuk pelbagai jenis kain
a. Kuilting
b. Pakaian
c. Seni tampal
d. Seni cantuman
e. Sulaman
f. Hiasan rumah
g. Kraftangan

Tempoh keahlian - 12 bulan
Kursus percuma - 12 bulan
Tempoh jaminan - 5 tahun (motor sahaja)



Mesin Sulaman Bergaya Profesional Memory Craft 300E
Harga : RM5999
Dengan sebuah mesin sahaja, Memory Craft 350E dapat membantu anda menghasilkan sulaman bergaya profesional dengan lebih mudah.

Ciri-ciri- Pengendalian mesin yang mudah dengan kawalan skrin sentuh.
- Mengemaskan benang atas dan bawah dengan pemotong benang secara automatik.- Pemasang benang automatik.
- Terdapat pemotong benang secara manual pada gelendung (tempat isi benang bobbin).
- Perubahan saiz paten yang boleh dibesar dan dikecilkan dalam lingkungan 90% - 110%.
- Perubahan pada paten yang boleh diputar 45 darjah - 90 darjah.
- Keupayaan menggabungkan beberapa corak pada mesin menjadi satu paten yang baru.
- Keupayaan menduplikasi corak.
- Memori mesin yang menyimpan 100 paten pelbagai sulaman objek dan bunga-bungaan.
- Terdapat 3 jenis corak tulisan yang menarik.
- Keupayaan mesin yang mampu menyimpan memori ke dalam USB / kad ATA.
- Ruangan maksimum sulaman ialah 5.5'' x 7.9'' menggunakan Giga Hoop.
- Kelajuan 650 mata jahitan per minit.
- Kecanggihan mesin yang berfungsi tanpa memerlukan pengawasan.
- Sensor akan berbunyi sekiranya benang terputus atau perlu menukarkan benang.
- Kemahiran menjahit tidak diperlukan keran anda hanya perlu mahir mengendalikan mesin sahaja.

Keistimewaan mesin yang mampu menghasilkan:
- Sulaman
- Kerawang
- Lace / Renda
- Corak 3 Dimensi
- Cross Stich
- Jahitan Abjad / Perkataan
- Seni Tampal
- Brush-Out
- Logo

Tempoh keahlian - 12 bulan
Kursus percuma - 12 bulan
Tempoh jaminan - 1 tahun (motor sahaja)




Fantasy Serging Model Mylock 744DA.
Harga : RM2,400

A. Fungsi utama
a. Jahitan tepi
b. Jahitan tepi gulungan
c. Jahitan tepi hiasan
d. Jahitan tepi gulungan kecil
e. Jahitan tepi pakaian
f. Jahitan tepi hias corak kedut
g. Jahitan tepi hias dengan manik

B. Ciri-ciri
a. Jahitan 2 benang
b. Jahitan 3 benang
c. Jahitan 4 benang
d. Jarum kembar
e. Pemotong benang
f. Butang penyelaras kelebaran
g. Butang penyelaras kepadatan jahitan
h. Lampu jahitan

C. Sesuai untuk pelbagai jenis kain
a. Kain nipis
b. Kain silk
c. Kain cotton
d. Kain T-shirt
e. Kain tebal
f. Kain jeans

Tempoh keahlian - 12 bulan
Kursus percuma - 12 bulan
Tempoh jaminan - 1 tahun (motor sahaja)



Rekaan Bebas Pelaksanaan MC6500P
Harga : RM5,199 (akn naik ker RM5,499)
Ciri-ciri
- Pemasangan benang automatik.
- Pemotongan benang automatik.
- Plat jarum yang mempunyai ukuran.
- Mampu menjahit menggunakan jarum kembar.
- Berkeupayaan menjahit sembat dan butang tanpa menggunakan jahitan tangan.
- Berkeupayaan menjahit lubang butang mengikut saiz butang yang diletakkan pada tapak mesin dan mempunyai pelbagai corak lubang butang.
- Kelajuan mesin yang boleh diselaraskan mengikut keselesaan anda.
- Kawalan jahitan yang boleh berhenti sendiri setelah diprogramkan pada mesin.
- Kehebatan mesin yang mampu menggulung gelendung ketika menjahit.
- Terdapat 401 corak mesin yang boleh dipilih pada carta mesin anda termasuk 4 jenis corak tulisan yang menarik.
- 9 paten untuk kuilting, 13 paten untuk applique, 4 paten untuk eyelet, dan 10 paten untuk lubang butang.
- Alat kawalan tekanan yang memegang fabrik dengan lebih kemas walaupun fabrik nipis.
- Menggabungkan corak mesin untuk menghasilkan pelbagai corak rantai klasik.
- Kemahiran menyulam biku tidak diperlukan kerana anda hanya perlu mahir mengendalikan mesin sahaja.

Keistimewaan mesin yang mampu menghasilkan:
- Pakaian
- Kuilting
- Seni Cantuman
- Hiasan Rumah
- Kraftangan
- Sulaman

Tempoh keahlian - 12 bulan
Kursus percuma - 12 bulan
Tempoh jaminan - 1 tahun (motor sahaja)



Mesin Jahit Model MC11000
Harga : RM19k
A. Ciri-ciri
- Skrin "i-heigh" yang boleh digerak ke atas dan ke bawah untuk melihat dengan lebih jelas.
- Skrin berwarna membantu pemilihan gabungan warna dengan baik.
- Pemotong benang secara automatik dan manual.
- Pemasang benang automatik.
- Plat jarum yang mempunyai ukuran.
- Keupayaan menduplikasi corak.
- Perubahan saiz paten yang boleh dibesar dan dikecilkan dalam lingkungan 90% hingga 110%.
- Perubahan pada paten yang boleh diputar setiap 1 darjah hingga 360 darjah.
- Perubahan pada corak tulisan yang boleh dilengkungkan.
- Keupayaan menggabungkan beberapa corak pada mesin menjadi satu paten yang baru.
- Kelajuan yang boleh diselaraskan mengikut kesesuaian anda.
- Kelajuan 400 hingga 800 mata jahitan per minit.
- Keupayaan mesin yang mampu menyimpan memori ke dalam USB/ kad ATA dan CD-ROM.
- Pengendalian sambungan yang mudah terus dari PC.
- Memori mesin yang menyimpan 307 pilihan jenis jahitan dan 112 corak sulaman termasuk sulaman kulit.
- Terdapat 10 jenis corak tulisan yang menarik.
- Dwifungsi kerana mampu menjahit secara manual ataupun secara berkomputer walaupun jahitan lurus.
- Malah berkebolehan menyulam secara manual tanpa pemidang ataupun sulaman berkomputer menggunakan pemidang.
- Penggunaan lampu LCD yang memfokus dengan jelas pada jahitan.
- Kecanggihan mesin yang berfungsi tanpa memerlukan pengawasan.
- Sensor akan berbunyi sekiranya benang terputus atau perlu menukarkan benang.
- Kemahiran menjahit tidak diperlukan kerana anda hanya perlu mahir mengendalikan mesin sahaja.

B. Keistimewaan mesin yang mampu menghasilkan:
- Pakaian
- Lace/ Renda- Kuilting
- Corak 3 Dimensi- Seni Cantuman
- Cross Stich- Hiasan Rumah
- Jahitan Abjad/ Perkataan
- Kraftangan
- Sulam Tampal- Sulaman
- Brush-Out- Kerawang
- Logo

Tempoh keahlian - 12 bulan
Kursus percuma - 12 bulan
Tempoh jaminan - 1 tahun (motor sahaja)



MB 4A.
Harga : RM29K
A. Ciri-ciri
- Skrin RCS yang berwarna dengan paparan yang jelas.
- Masa menyulam pantas dan mudah dengan penggunaan 4 jarum dan 4 jenis warna benang.
- Kehebatan mesin yang mampu menggulung gelendung ketika menjahit.
- Terdapat pemotong benang pada gelendung.
- Mengemaskan benang atas dan bawah dengan pemotong benang automatik.
- Perubahan saiz paten yang boleh dibesar dan dikecilkan dalam lingkungan 90% hingga 110 %.
- Perubahan pada paten yang boleh diputar setiap 1 darjah hingga 360 darjah.
- Perubahan pada corak tulisan yang boleh dilengkungkan.
- Keupayaan menggabungkan beberapa corak pada mesin menjadi satu paten baru.
- Keupayaan menduplikasi corak.
- Terdapat 10 jenis corak tulisan yang menarik.
- Keupayaan mesin yang mampu menyimpan memori ke dalam USB/ kad ATA dan CD-ROM.
- Pengendalian sambungan yang mudah terus dari PC.
- Ruangan maksimum sulaman ialah 9.4'' x 7.9'' menggunakan HOOP M1.
- Kelajuan 400 hingga 800 mata jahitan per minit.
- Kecanggihan mesin yang berfungsi tanpa memerlukan pengawasan.
- Sensor akan berbunyi sekiranya benang terputus atau perlu menukarkan benang.
- Kemahiran menjahit tidak diperlukan kerana anda hanya perlu mahir mengendalikan mesin sahaja.

B. Keistimewaan mesin yang mampu menghasilkan:
- Sulaman
- Kerawang
- Lace/ Renda
- Corak 3 Dimensi
- Cross Stich
- Jahitan Abjad / Perkataan
- Seni Tampal
- Logo

Tempoh keahlian - 12 bulan
Kursus percuma - 12 bulan
Tempoh jaminan - 1 tahun (motor sahaja)




Cara Pembayaran
* Tunai* Kad Kredit * Program Mudah Bayar Tanpa Bunga - melalui kad kredit (Citibank/Maybank/Ambank/Eon/Hong Leong/Public Bank) * Program Mudah Bayar EPAL (Easy Payment)* Kemudahan Kredit AEON