CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, August 7, 2008

Kursus Jahitan

Selain daripada menjual mesin jahit, pihak Epal juga memberi kemahiran cara menggunakan mesin jahit dan pelbagai jenis kursus jahitan kraftangan tanpa dikenakan sebarang yuran kursus.

Selain daripada kursus yang disediakan di pusat-pusat Epal, Epal juga memberi sokongan kepada semua pelanggan-pelanggan Epal dengan mengadakan “Home Party" diskaun atas pembelian bahan-bahan jahitan Epal, kursus-kursus, pameran dan demo serta kupon-kupon menjahit yang bernilai RM50 kepada VIP Epal di merata tempat.

Pusat epal juga menawarkan sijil tahap satu bagi kursus Pembuat Pakaian Wanita dengan pentauliahan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).


Bidang Kursus Yang Ditawarkan Oleh Pusat Epal

Kursus menjahit yang ditawarkan oleh Epal dibahagi kepada tida kategori:

Kategori Permulaan :
Sukatan kursus peringkat ini adalah untuk membiasakan peserta dengan keunikan dan fungsi mesin jahit. Peserta perlu menyiapkan kraftangan yang mudah.

Kategori Junior :
Sukatan kursus peringkat ini didedahkan dengan pelbagai jenis sulaman dan jahitan kreatif yang menarik. Tujuannya ialah unutk meningkatkan minat dan kesungguhan peserta dalam bidang jahitan. Antaranya termasuklah, jahitan sarung kusyen, sulaman cantum, sulaman cantum, sulaman bunga, bag wanita dan lain-lain.

Kategori Senior :
Sukatan kursus ini diperkenalkan dengan pelbagai jahitan professional seperti baju tradisional, cadar dan pelbagai projek jahitan yang mengambil masa yang panjang. Kursus ini dijalankan dalam tempoh enam bulan ke dua tahun. Peserta yang telah tamat kursus akan dapat mendirikan kedai atau francais mereka sendiri.


PROJECT BULANAN











0 comments: